Resepi Salted Egg Squid

Assalamualaikum dan selamat pagi semua! Hari ni Ifa nak berkongsi satu resepi di mana sotong yang telah kita salut dengan tepung dan digoreng, dan disaluti pula dengan telur masin warna kuning. Nama resepi ini ialah resepi Salted Egg Squid. Oh ya, kawan-kawan tahu tak telur masin tu? Hihi. Sesetengah tempat dipanggil telur asin. 

Bapak-Sulaiman-telur-asin-Adon-Jaya

 

Terima kasih kepada Kak War sebab ajar resepi ni. Salted Egg Squid dah jadi menu kegemaran Ifa sekeluarga. 

Mula-mula sekali Ifa ajarkan macam mana nak buat sotong celup tepung tu dulu ya. 

SOTONG CELUP TEPUNG

Bahan-bahan: 

  • Tepung Ubi 
  • 1 sudu Meal Shakes Shaklee (ini Ifa olah sendiri daripada resepi Kak War) 
  • Garam
  • Lada hitam
  • Lada Sulah (ini Ifa olah sendiri daripada resepi Kak War) 

Cara-caranya: 

  1. Pastikan minyak masak cukup untuk goreng sotong bersalut tepung. Deep-fried style
  2. Salutkan sotong yang telah dipotong bulat-bulat tadi pada tepung ubi satu persatu. 
  3. Goreng sekejap dan toskan. 

** Ingat, seafood jangan masak lama sangat, nanti dia akan kenyal atau keras isinya. 

TELUR MASIN 

  • Telur masin direbus dan diambil kuningnya sahaja. Untuk 2 orang makan, Ifa hanya guna 2 biji sahaja telur masin. Nanti kawan-kawan adjust ya. 

SOTONG CELUP DISALUT TELUR MASIN

Bahan-bahan: 

  • 1 biji bawang besar kuning Holland (resepi asal Kak War gunakan 2 biji bawang putih)
  • Minyak masak
  • Butter
  • Daun kari
  • Cili merah
  • Kiub pati ayam 
  • Telur masin yang berwarna kuning (dihancurkan)

Cara-caranya: 

  1. Masukkan minyak masak dan butter. Bila dah panas cepat-cepat masukkan bahan-bahan untuk menumis ya. 
  2. Masukkan bawang Holland yang dimayang, cili merah dan daun kari.
  3. Masukkan telur masin kuning yang dihancurkan tadi dan kacau sehingga telur masin kuning itu cair.
  4. Masukkan kiub pati ayam. 
  5. Akhir sekali masukkan sotong celup tepung tadi supaya berbalut elok bersama telur masin kuning itu. Ifa perlahankan api dan kacau sehingga betul-betul kering dan bersalut sekata. 
  6. Dah siap, boleh hidangkan! Resepi Salted Egg Squid! 

**Ingat, butter cepat hangit, hihi. Cepat-cepat menumis bahan tumis apabila minyak dan butter panas. Api juga jangan terlalu kuat.

10444663_10152820645743713_1474201407737474919_n

Selamat mencuba Salted Egg Squid

Perlukah Serius Dalam Memilih Breast Pump

Pelbagai Pilihan Untuk Breast Pump

Pernah tak kawan-kawan semua keliru dalam memilih breast pump yang terbaik untuk kegunaan diri sendiri dan si bayi?

Pelbagai pilihan breast pump

Pelbagai pilihan breast pump

Baru-baru ni Ifa ada seorang kawan, Shida, yang bakal melahirkan anak pertama, malah sudah selamat melahirkan sebenarnya, hihi. Cuma semasa dia bertanya tentang memilih breast pump itu, masih lagi belum bersalin. Ifa suka melayan pertanyaan Shida sebab sebenarnya apabila kawan-kawan bertanya, secara tidak langsung Ifa sendiri sedang mengalami proses pembelajaran sebenarnya.

Ifa suka quote apa yang Master Nadiah pesan dan Ifa rephrase kan semula ya,

Ilmu ini seumpama sesuatu yang makin kita cari dan gali, makin kita tidak tahu dan membuatkan kita terus ingin gali dan ingin tahu

Best kan? Ifa suka.

Perlukah Serius Dalam Memilih Breast Pump

Perlukah serius dalam memilih breast pump? Yes! Perlu, hihi. Sebab pemilihan pam yang betul mengikut keperluan kita, si ibu, sebagai pengguna breast pump sangat penting untuk ibu yang ingin menyusukan bayi sepenuhnya sehingga bayi berumur 2 tahun. Lebih-lebih lagi kepada ibu-ibu yang berkerjaya, penggunaan breast pump dan milk booster adalah sangat disyorkan.

Jom Ifa kongsikan bersama sedikit panduan dalam memilih breast pump untuk mengepam susu. Panduan ini Ifa merujuk sepenuhnya dalam Majalah Pa&Ma edisi bulan Oktober. Ifa baca dan huraikan sedikit serta beri pandangan Ifa sendiri ya. Jemput baca.

Majalah Pa&Ma edisi Oktober

Majalah Pa&Ma edisi Oktober

Panduan Memilih Breast Pump

  • HARGA

Pam menyusu dijual dengan pelbagai harga, oleh itu belilah mengikut kemampuan anda, anggaplah ia satu pelaburan jangka masa panjang kerana penyusuan susu ibu jauh lebih menjimatkan. Pam manual atau menggunakan bateri adalah pilihan yang terbaik jika sukar mendapatkan bekalan elektrik. Jika ada bajet, boleh pilih pam yang berfungsi menggunakan elektrik dan bateri.

  • MUDAH DIGUNAKAN

Anda akan kerap pam setiap hari, mungkin tiga jam sekali. Jadi pilih pam yang yang tidak mengambil masa yang lama untuk dipasang serta dibuka. Ia juga mudah disimpan dan dibersihkan tanpa mengira masa. 

  • BERAT DAN SAIZ

Saiz dan berat pam adalah perkara penting yang perlu anda ambil kira. Bagi ibu yang bekerja, pam yang ringan dan kecil akan memudahkan anda membawanya ke pejabat atau juga ketika bertugas di luar kawasan. 

  • BUNYI

Pam payu dara yang berkualiti tidak mengeluarkan bunyi yang kuat. Jadi, memudahkan anda mengepam berdekatan dengan bayi  semasa bayi tidur, di bilik mesyuarat atau di dalam bilik mesyuarat atau di dalam kenderaan ketika bekerja di luar daerah tanpa disedari oleh rakan sekerja. 

  • KETAHANAN

Pastikan pam yang dipilih boleh bertahan lama kerana ia perlu dianggap sebagai suatu pelaburan. Pilihlah pam yang bersesuaian dengan kekerapan anda mengepam. Ciri ini penting terutamanya untuk pam elektrik kerana anda perlu mengambil kira ketahanan motornya. 

  • ARAS KELAJUAN

Lihat aras kelajuan pam yang mempunyai beberapa pilihan  antaranya perlahan, sederhana dan laju. Anda boleh menukar aras kelajuan daya hisapan sekiranya berasa sakit pada bahagian payu dara. 

  • CARA MENGEPAM

Jika anda tidak punya masa yang banyak, pilihlah pam yang berupaya mengepam kedua-dua belah payudara pada waktu yang sama. Anda dapat pam susu dengan banyak pada masa yang singkat. 

Cadangan Breast Pump

Kawan-kawan nak tahu tak, apa cadangan Ifa untuk breast pump yang agak menepati 5 daripada 7 ciri di atas? Ifa cadangkan Medela Mini Electric. Kenapa? Ini kerana ia antara breast pump yang harganya agak berpatutan, berfungsi menggunakan elektrik dan bateri. harga sekitar RM 399, antara harga yang berpatutan untuk breast pump yang mempunyai dua fungsi ini. Ia juga ringan, senyap dan agak tahan lasak ketika digunakan. Namun, ada 2 ciri yang Medela Mini Electric tak dapat penuhi iaitu aras kelajuan dan cara mengepam dengan hanya sebelah payu dara sahaja. 

8b349fff-86d5-4b2e-b5c9-21b324d163b6

 

Semoga bermanfaat untuk Shida dan kawan-kawan Ifa! =)

Pakar Nutrisi Shaklee Cawangan Pulau Pinang

Pakar Nutrisi Shaklee Cawangan Pulau Pinang

Semasa Ifa bertolak balik dari Kedah ke Selangor, sempat singgah ke Cawangan Shaklee di Pulau Pinang untuk restock stok Shaklee di rumah Ifa. Semasa buat pembelian, staff di sana jemput untuk buat pemeriksaan kesihatan bersama Pakar Nutrisi Shaklee yang bernama Kay. Best! Semasa sedang tunggu untuk pemeriksaan kesihatan Ifa, sempat mendengar konsultasi yang Kay berikan pada tiga orang customer.

Tapi sebelum tu jom tengok Kay, Pakar Nutrisi Shaklee yang cantik! Hihi..

Shaklee Nutritionist.

Shaklee Nutritionist.

Tiga Konsultasi Berbeza

  1. Ingin HAMIL.
  2. Konsultasi terhadap pelangsingan dan kawalan BERAT BADAN
  3. ANTI PENUAAN yang semulajadi.

Ifa kongsikan satu demi satu ya.

Ingin HAMIL

  • Beri suami Zinc kerana sangat bagus dalam memberi KUANTITI sperma yang banyak.

  • Setelah itu amalkan Vita-E untuk meningkatkan KUALITI sperma pula.

  • Untuk isteri, puan amalkan GLA. Sangat bagus untuk keseimbangan hormon dan kitaran haid. Amalkan setiap hari. Tak perlu diamal pada hari-hari tertentu.

Pelangsingan dan Kawalan BERAT BADAN

  • Ambil Lecithin betul-betul sebelum makan, kerana makanan yang kita akan makan nanti akan terus dipecahkan lemaknya oleh Lecithin.

  • Dalam diet seharian, amalkan ambil protein seperti ESP untuk membina otot dalam badan. Apabila terbinanya otot dalam badan, lemak juga dapat dikurangkan.

  • Perlukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. Supaya otot terbina dengan cepat bersama dengan bantuan ESP.

ANTI PENUAAN yang Semulajadi

  • Aunty harus ingat, semua orang akan mengalami penuaan dan produk Shaklee ini bukan untuk mengekalkan aunty seperti orang muda selamanya.

  • Tetapi untuk mengalami penuaan dengan sihat dan semulajadi, Kay telah suggest Collagen Powder Shaklee. Collagen mampu membantu kulit membaikpulih tisu kolagen yang baru yang sebenarnya telah sedia ada dalam tubuh manusia. Collagen juga bantu mengekalkan tulang dan sendi yang sihat.

  • Vivix pula dapat membantu memperbaiki organ dalaman untuk lebih sihat dan muda. Ini kerana Vivix memperbaiki sistem DNA kita secara menyeluruh.

  • Manakala GLA pula bagus untuk proses penuaan dan fasa monopos. Bukan sahaja bagus untuk orang muda, malah untuk warga emas juga sangat bagus.

Info Dimanfaatkan Sepenuhnya Sebagai Pengedar Shaklee

Banyak sangat info yang Ifa dapat semasa menunggu giliran Ifa untuk berjumpa Kay, Pakar Nutrisi Shaklee cawangan Pulau Pinang itu. Bagi Ifa, sebagai distributor Shaklee, setiap info yang Ifa dapat daripada pakar-pakar nutrisi ini, cepat-cepat Ifa catat dalam buku nota Shaklee. Dengan harapan agar dapat membuat konsultasi terbaik untuk kawan-kawan dan bakal customer yang akan datang, inshaAllah.

Seronok berkongsi info-info kesihatan seperti ini, secara tidak langsung dapat membantu kawan-kawan membaikpulih tahap kesihatan masing-masing. Semoga dengan perkongsian Ifa dalam blog ini, dapat dimanfaatkan bersama semua pembaca.

Bagaimana dengan pemeriksaan kesihatan Ifa pula? Apa kata Pakar Nutrisi Shaklee untuk kesihatan Ifa? Sekejap lagi Ifa kongsikan dalam entry seterusnya ya.

 

Untuk Info dan Order:

Noor Afifah Mohd Baharuddin 

Shaklee Independent Distributor [ID: 892548]

delirium_ifa@yahoo.com

SMS/Whatsapp: 019 9099 220

Madam Vitamin
Noor Afifah Mohd Baharuddin

Makanan Untuk Kecantikan Kulit – Bahagian 2

Makanan Kecantikan Kulit

Makanan untuk kecantikan kulit bersambung lagi pada entry kedua ini. Mari kita rujuk lagi info dalam gambar di bawah ini yang disediakan oleh pakar kesihatan dunia yang terkenal, Andrew Weil, yang berkisar tentang makanan kecantikan kulit. Makanan yang mana boleh membantu kulit dan yang mana boleh membahayakan kulit. 

Panduan Makanan: Good vs Bad

Good vs Bad

Good vs Bad

Pemakanan Yang Kurang Baik

KAFEIN

  • Sumber Makanan:

Kopi, teh, kinuman berkarbonat dan minuman tenaga. 

  • Kenapa:

Kafein sifatnya menyahhidratkan dan mengeringkan air dalam badan. Sedangkan kulit memerlukan air untuk membantu mencuci kotoran dalam badan seperti kotoran yang disebabkan jerawat pada permukaan kulit. 

  • Cadangan SHAKLEE:

Untuk mengekalkan air dalam badan, kita perlukan minuman yang mampu mencegah sebarang dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Untuk itu, Ifa cadangkan Performance Drink Shaklee. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal mampu menghidratkan tubuh dengan lebih berkesan berbanding air. 

GULA

  • Sumber Makanan:

Gula-gula, air berkarbonat, pencuci mulut dan air gula.

  • Kenapa:

Dalam makanan di atas, seperti semua orang maklum, gula merupakan agen penyumbang penyakit juga seperti diabetes. Tetapi bagaimana pula kesannya terhadap kecantikan kulit? Kajian menunjukkan bahawa makanan manis atau kandungan gulanya tinggi boleh membawa kepada keradangan kulit, sel kulit rosak dan boleh menyebabkan jerawat

  • Cadangan Ifa:

Gula bukanlah tidak langsung boleh diambil, tetapi ia perlu dikurangkan. Jika berlebihan, kesannya kepada kulit dan diri. Jika tiada langsung pun tidak boleh juga. Maka cadangan Ifa, kita seimbangkan lah makanan untuk mencantikkan kulit kita.   

MAKANAN YANG DIPROSES

  • Sumber Makanan:

Sosej, makanan dalam tin dan mee segera.

  • Kenapa:

Makanan yang diproses ini mengandungi lemak dan karbohidrat yang sangat tidak sihat, yang mana juga boleh membawa kepada keradangan kulit, kerosakan kulit dan boleh mendorong kepada pembentukan jerawat.

MAKANAN BERMINYAK

  • Sumber Makanan:

Kentang goreng, makanan yang digoreng, makanan segera dan marjerin.

  • Kenapa:

Makanan berminyak ini mempunyai asid lemak trans yang boleh mempengaruhi hormon. Apa itu asid lemak trans? lemak trans digunakan sebagai lelemak. Asid lemak trans membantu memanjangkan jangka hayat pelbagai jenis makanan. Jom baca artikel ni. Bahaya asid lemak trans. 

Untuk Info dan Order:

Noor Afifah Mohd Baharuddin 
Shaklee Independent Distributor [ID: 892548]

delirium_ifa@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 9099 220
Madam Vitamin
Noor Afifah Mohd Baharuddin

Makanan Untuk Kecantikan Kulit – Bahagian 1

Makanan Kecantikan Kulit

Bagaimana makanan seharian kita dapat membantu kecantikan kulit? Ada ke makanan untuk kecantikan kulit? Mudah saja. Ambil pemakanan yang baik, yang kurang baik kita kurangkan dan kalau nak tinggalkan terus pun bagus sebenarnya. Rujuk makanan yang baik dan kurang baik untuk kulit di bawah, dan bagaimana mereka membantu kecantikan kulit kita.

Panduan Makanan: Good vs Bad

Good vs Bad

Good vs Bad

Pemakanan Yang Baik

ASID LEMAK

  • Sumber Makanan:

Ikan salmon, ikan kod, biji atau benih dari bunga flax dan kacang badam.

  • Kenapa:

Asid lemak yang terkandung dalam sumber makanan ini membantu kulit kelihatan lebih lembab, lebih berseri dan melegakan kulit yang terasa tegang. Asid lemak merupakan pemakanan yang agak glamor dalam membantu kecantikan kulit. 

  • Cadangan SHAKLEE:

Untuk memperoleh asid lemak, Ifa cadangkan pengambilan Omega Guard Shaklee yang kaya dengan asid lemak Omega-3.

BIJIRIN

  • Sumber Makanan:

Beras perang, barli dan roti bergandum penuh.

  • Kenapa:

Dalam makanan di atas, terdapat fiber ataupun berserat. Makanan yang tinggi fiber atau berserat tinggi mampu menyahtoksin dalam badan dan membuatkan kulit nampak lebih bersih. Kadang-kadang kulit yang berjerawat adalah disebabkan banyaknya toksin terkumpul dalam badan kita. Apabila toksin dalam badan kita dibuang, secara tidak langsung ia dapat membantu kecantikan kulit kita

  • Cadangan SHAKLEE:

Dahulunya Shaklee ada mengeluarkan Shaklee Fiber Plan, produk yang bertinggi seratnya. Namun sekarang sudah tidak ada. Maka Ifa cadangkan untuk pembaca semua, Alfalfa Shaklee, di mana Alfalfa mampu menyahtoksin keseluruhan badan kita. 

VITAMIN B6

  • Sumber Makanan:

Kubis, biji bunga matahari, kacang walnut dan avocado. 

  • Kenapa:

Bagaimana pemakanan sumber makanan ini membantu dalam kecantikan kulit? Dalam setiap sumber makanan di atas, ada terdapat vitamin B6 yang dapat membantu hormon yang tidak seimbang. Kenapa? Hormon yang tidak seimbang boleh mengakibatkan jerawat. Vitamin B6 dalam makanan di atas mampu mengekalkan keseimbangan hormon dalam badan. 

  • Cadangan SHAKLEE:

Ifa cadangkan B-Complex Shaklee, di mana B-Complex sangat kaya dengan vitamin B6, yang mampu mengekalkan kestabilan hormon dalam badan kita. 

BUAH-BUAHAN

  • Sumber Makanan:

Mana-mana sahaja buah-buahan yang anda suka! Selalunya yang kita makan untuk kesihatan kulit ialah buah oren, pisang, peach dan tomato. Sebenarnya banyak lagi yang boleh dimakan untuk kecantikan kulit, pilihlah yang mana anda suka! 

  • Kenapa:

Buah-buahan ialah sumber makanan yang sangat kaya dengan nutrisi, tinggi antioksida dan kandungan vitamin yang pelbagai. Semuanya sangat membantu dalam memelihara kulit yang cantik dan sihat. 

  • Cadangan SHAKLEE:

Untuk kecantikan kulit ini, pertama sekali Ifa suka cadangkan Sustained Release Vita-C, yang mana vitamin C sangat kaya dalam buah oren. Sebagaimana doktor suka cadangkan buah oren dan vitamin C untuk kecantikan kulit, maka vitamin C merupakan vitamin yang pertama sekali Ifa suka cadangkan. Selain itu, boleh juga ambil Vita-E Complex yang kaya dengan vitamin E.  

Pemakanan Yang Kurang Baik

Untuk pemakanan yang kurang baik ini, Ifa akan ulaskan dalam entry seterusnya ya. Tunggu kawan-kawan! =)

 

Untuk Info dan Order:

Noor Afifah Mohd Baharuddin 
Shaklee Independent Distributor [ID: 892548]

delirium_ifa@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 9099 220
Madam Vitamin
Noor Afifah Mohd Baharuddin

Meal Shakes Shaklee Dan Rayyan Yang Aktif!

Kenali Rayyan

RAYYAN sejak dari lahir, orangnya murah senyuman. Membesar sebagai seorang anak yang sangat mudah dipujuk kalau merajuk, tak banyak ragam, SENYUM SENTIASA. Anugerah tak ternilai dari Allah. 

 

Rayyan yang kerap demam sejak dari kecil.

Rayyan yang kerap demam sejak dari kecil.

Rayyan Sejak Dari Kecil

Sejak dari kecil juga, orangnya KERAP SANGAT DEMAM. Kerap sehinggakan DUA BULAN SEKALI tu dia mesti akan demam. Kadang-kadang tak sempat nak baik semula demam tu, akan demam lagi. Hehe..

Tapi kalau demam, sedikit pun tak meragam, cuma TAK AKTIF saja. LEMAH aje badannya. Allah sajalah yang tahu hati Ibu ni bagai nak gugur tengok anaknda.

 

Ibu Mula Kenali Shaklee

Masa Ibu mula kenal dengan SHAKLEE, baca sejak dari hamilkan adik Hadif, dah terdetik dah nak bagi Meal Shakes Shaklee pada Rayyan, tapi si Ibu ni punyalah dulu-dulu ANTI SUPPLEMENT, terus tak bagi, nak ambil masa untuk KAJI DAN STUDY lagi. Rayyan pula terus demam dan demam.

Sehinggalah melahirkan adik Hadif, mula MENGENALI SHAKLEE dengan LEBIH MENDALAM, Ifa KAJI, STUDY, KENALI, dan lama-lama JATUH CINTA sebab berjaya dengan cemerlang sepanjang berpantang. Berjaya menyusukan adik Hadif, berjaya mengembalikan berat badan sebelum hamil dan berjaya untuk berasa bertenaga serta sihat. ALHAMDULILLAH! 

Mula beri Meal Shakes Shaklee Kepada Rayyan

Tak lupa untuk pupuk rasa cinta terhadap MEAL SHAKES. Mula buat BUKU LOG dan TAMBAH ILMU tentang MEAL SHAKES SHAKLEE. Mula beri Rayyan Meal Shakes pada umurnya 1 tahun 10 bulan.

Ifa PERHATIKAN tahap kesihatan Rayyan. Sekarang dah berumur hampir 4 tahun. Demam pun sangat jarang. Kalau tidak salah Ifa, rasanya baru 2 kali demam sehingga sekarang.

Shaklee Effect Terhadap Kesihatan Rayyan

Mak Cik pengasuh yang memang mengasuh Rayyan sejak dari kecil, pun BERSETUJU dengan Ifa, SUDAH JARANG DEMAM, tak seperti
dulu-dulu. Mungkin masa itu juga, badan Rayyan sedang membina antibodi dalam badan.

Meal Shakes lah satu ikhtiar Ifa dalam memperbaiki tahap kesihatan Rayyan, selebihnya Ifa serahkan kepada Allah SWT sahaja, Dia sahajalah sebaik-baik perancang kehidupan kita di dunia ni.

 

Yakin dengan Shaklee

Sesungguhnya dengan ikhtiar melalui Meal Shakes ni, hati pun tak risau, sebab IFA KAJI APA YANG IFA NAK BERI PADA ANAK. Bagaimana SHAKLEE itu BERBEZA daripada supplements yang lain di luar sana.

Dengan beratus kali kajian dilakukan untuk menghasilkan Meal Shakes Shaklee, Ifa YAKIN dengan PARA DOKTOR DAN SAINTIS membekalkan yang terbaik untuk kita sebagai pengguna.

Ya. Di Shaklee, kita ada doktor dan saintis yang membantu dalam KAJIAN sebelum menghasilkan suatu produk. Dah hampir 100 tahu dah pun. Manalah Ifa tak yakin kan? SANGAT YAKIN! 

 

Untuk Info dan Order:

Noor Afifah Mohd Baharuddin 
Shaklee Independent Distributor [ID: 892548]

delirium_ifa@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 9099 220
Madam Vitamin
Noor Afifah Mohd Baharuddin

3 Manfaat Utama Vitamin C Terhadap Kita

Manfaat Vitamin C banyak sangat! Kalau kita buat carian Google tentang manfaat Vitamin C, pasti banyak sangat yang keluar. Sejak dari kecil, di kalangan adik beradik, Ifa antara anak yang rajin amalkan Vitamin C ni. Mungkin sebab rasanya masam-masam dan boleh dikemam atau dikunyah, Ifa suka sangat!

Manfaat Vitamin C

Mari kita baca sama-sama apakah antara manfaat, kebaikan dan kelebihan Vitamin C dalam kehidupan harian kita.

  •  Sebagai agen pembentukan KOLAGEN dalam badan.

Vitamin C membantu membetuk kolagen dalam badan secara semulajadi.

Vitamin C membantu membetuk kolagen dalam badan secara semulajadi.

Manfaat Vitamin C yang pertama ialah sebagai agen pembentukan KOLAGEN dalam badan. Apa itu kolagen? Kolagen ni sebenarnya seperti penyokong dalam badan kita, seumpama tiang-tiang yang menyokong badan kita. Penting tak? Penting sangat sebab tanpa kolagen  ini, maka tidak sempurnalah badan kita. Perumpamaannya seperti sebuah rumah yang tiada tiangnya. Vitamin C mampu membantu badan kita untuk membentuk kolagen yang diperlukan oleh badan.

  • Menyihatkan tulang, gigi dan gusi. 

Kekurangan Vitamin C menyebabkan badan lemah, anemia, gusi berdarah dan gigi yang longgar.

Kekurangan Vitamin C menyebabkan badan lemah, anemia, gusi berdarah dan gigi yang longgar.

Manfaat Vitamin C yang kedua ialah menyihatkan tulang, gigi dan gusi. Pernah tak anda mengalami gusi dan gigi berdarah? Jika pernah, ini bermakna kurangnya Vitamin C dalam tubuh badan kita. Masa Ifa kecil, kalau gusi berdarah, pasti ayah akan cepat-cepat suruh kemam dan kunyah Vitamin C untuk membantu memulihkan gusi berdarah. Sekiranya kurang Vitamin C juga, gigi cepat dan mudah longgar dari kedudukan asalnya.

  •  Meningkatkan sistem pertahanan badan. 

Vitamin C dan sistem imun badan.

Vitamin C membantu mempertingkatkan sistem imun badan bagi melawan sebarang jangkitan dan penyakit.

Manfaat Vitamin C yang ketiga ialah ia membantu meningkatkan sistem pertahanan badan kita. Apabila sistem pertahanan badan atau sistem imun kita dipertingkatkan dengan adanya Vitamin C, maka sebarang jangkitan dan virus juga dapat dikurangkan kerana sistem imun kita telah melawan virus tersebut daripada memasuki sistem tubuh badan kita. Untunglah siapa yang ambil Vitamin C ni, lebih-lebih lagi ibu hamil dan ibu menyusu, ini kerana dapat membantu si bayi dalam kandungan juga.

3 manfaat utama Vitamin C terhadap kita sudah kita bincangkan. Cadangan Ifa untuk semua, ambil Vitamin C dalam dos yang tertentu bagi tahap umur masing-masing.

Untuk kanak-kanak, dos yang dibenarkan ialah 100 mg. Ifa cadangkan untuk ambil Chewable Vita-C Plus™ 100 mg Shaklee. Sudah lengkap dengan dos yang dibenarkan. Malah sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya boleh dikunyah seperti gula-gula.

Untitled

Chewable Vita-C Plus™ 100 mg Shaklee

Untuk dewasa pula, dos yang dibenarkan dalam sehari ialah 500 mg sehingga 1000 mg. Namun untuk pemakanan harian biasa, 500 mg sudah mencukupi. Ifa cadangkan Sustained Release Vita-C™ Plus Shaklee untuk orang dewasa. Ini kerana sebiji Vitamin C Shaklee ini sudah memadai bagi dewasa kerana kandungannya 500 mg sebiji.

Untitled

Sustained Release Vita-C™ Plus Shaklee

Semoga bermanfaat perkongsian dari Ifa untuk pembaca semua hari ini. =)

Untuk Info dan Order:

Noor Afifah Mohd Baharuddin 
Shaklee Independent Distributor [ID: 892548]

Koleksi Testimoni Meal Shakes Untuk Anak

Koleksi testimoni tentang Meal Shakes di bawah yang Ifa susunkan di bawah merupakan testimoni tentang maklum balas penggunaan Meal Shakes terhadap kesihatan anak-anak kita yang sedang membesar. 

Testimoni Puan Maslinawati

pn maslinawati

Testimoni Meal Shakes yang pertama menceritakan tentang Puan Maslinawati yang mempunyai seorang anak pramatang, yang lahir sebelum waktu sepatutnya dilahirkan. Anaknya mengalami masalah:

  • Asthma atau lelah yang teruk.
  • Berat badan yang sukar untuk naik.

Puan Maslinawati memberikan anaknya itu Meal Shakes dan telah mengamalkan selama sebulan. Hasilnya:

  • Tahap kesihatan anaknya bertambah baik. Seperti yang dinyatakan oleh Puan Maslinawati,

 “… kami sekeluarga kena batuk dan selsema, dia seorang sahaja yang tak kena! Syukur …” 

  • Apabila timbang berat, berat badan sudah naik 1 kilogram dalam masa sebulan.

Alhamdulillah.

 

Testimoni Puan Noraini

 pn noraini 

Testimoni Meal Shakes yang kedua pula tentang Puan Noraini yang memberikan anak perempuannya Qalesya Meal Shakes untuk memperbaiki tahap kesihatan anaknya yang sedang membesar untuk lebih baik. Alhamdulillah setelah 5 hari, sudah nampak perubahan terhadap diri Qalesya.

  • Semakin berselera makan.
  • Semakin kerap minta susu.
  • Semakin aktif.
  • Apabila baru-baru ni cirit-birit, cepat sahaja sudah baik.

Alhamdulillah, tahap kesihatan semakin baik dari hari ke hari.

Testimoni Puan Nur Najmah

pn nur najmah

Testimoni ketiga berkisar tentang Puan Nur Najmah juga antara si ibu yang ingin menyediakan tahap kesihatan yang terbaik untuk anaknya, Amin.  Sejak mengamalkan Meal Shakes, bukan sahaja si ibu yang sedar akan perubahannya, malah pengasuh yang menjaga Amin juga sedar akan perubahannya.

  • Amin sudah jarang demam.

Kita sebagai ibu, senyum sajalah kan?

Ifa sendiri juga perhatikan anak sulung Ifa, Rayyan. Sejak diberi Meal Shakes pada umur setahun, alhamdulillah, Rayyan tidaklah demam sekerap yang dulu. Syukur. Nanti untuk entry seterusnya Ifa bercerita khas tentang Rayyan dan Meal Shakes ya! =)

 

Untuk Info dan Order:

Noor Afifah Mohd Baharuddin 
Shaklee Independent Distributor [ID: 892548]

 

 

Promo Meal Shakes Yang Mengejutkan??

Promo Meal Shakes kali ni betul-betul mengejutkan! Mana tidak, tak pernah lagi Shaklee buat promosi produk beli 3 percuma 1. Lebih-lebih lagi promo produknya ialah Meal Shakes! Memang semua orang suka. Hihi. Jom rujuk poster menarik di bawah.

Promo Meal Shakes, Beli 3 Percuma 1

Promo Meal Shakes, Beli 3 Percuma 1

Suka dengan tagline Meal Shakes pada poster di atas.

Meal Shakes

Rich Source of Protein, Calcium & Vitamins

Maka dengan itu, marilah kita berkenalan dengan MEAL SHAKES kegemaran ramai ni.

======

Apa itu Meal Shakes? 
======

  • Merupakan HIDANGAN LENGKAP dengan 19 JENIS VITAMIN DAN MINERAL PENTING. Tinggi dalam SERAT dan PROTEIN serta KALSIUM.

======
Untuk Siapa?
======

 

  • Untuk ANAK-ANAK yang sedang MEMBESAR.
  • Untuk orang DEWASA yang mementingkan KESIHATAN.
  • IBU MENGANDUNG yang memerlukan tenaga.
  • Orang SIBUK BEKERJA dalam aktiviti seharian.


======
Apakah Manfaatnya? 
======

 

  • Menyokong TUMBESARAN anak-anak kerana mengandungi asid folik dan kaya dengan kalsium.
  • Memberikan TENAGA dengan konsisten dan berterusan kerana mengandungi protein yang mana protein sangat bagus untuk memulakan kerja seharian.
  • Menyokong sistem IMUN dan pertahanan badan kerana mengandungi multivitamin di dalamnya.
  • Mengekalkan KESIHATAN keseluruhan dan membantu mempertingkatkan kualiti kesihatan.
  • Bagus untuk proses DETOKSIFIKASI kerana mengandungi serat.

 

======
Apakah rasanya? 
======

  • Rasa dan baunya seperti AIS KRIM VANILLA! Sedap sangat!

 

======

Bagaimana cara minum? 
======

  • Untuk anak-anak yang sedang membesar, cukup dengan hanya 1 sudu dibancuhkan ke dalam susu atau makanan mereka.
  • Untuk dewasa yang ingin jadikan sebagai hidangan sarapan, boleh ambil 2 sudu besar dibancuh bersama ESP atau mana-mana minuman kegemaran kita.

 

Untuk Info dan Order:

Noor Afifah Mohd Baharuddin 
Shaklee Independent Distributor [ID: 892548]

10 Tips Kempiskan Perut, Dijamin Berkesan!

Assalamualaikum semua, Salam Sejahtera dan Selamat Pagi. Hari ni 29 Ogos, makin hampir kita dengan Hari Kemerdekaan, 31 Ogos. Alhamdulillah, merdeka selama  57 tahun, aman sentosa kita semua. Hari ni hari Jumaat, maka pihak sekolah Ifa mengadakan sambutan kemerdekaan lebih awal, yang dinamakan Ambang Kemerdekaan.

57 Tahun Merdeka, bertemakan Malaysia.. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

57 Tahun Merdeka, bertemakan Malaysia.. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

 

Tapi Ifa masih ada 1 MISI PENTING, iaitu nak MERDEKAKAN dan BEBASKAN rakyat Malaysia daripada MASALAH KESIHATAN dan PEMAKANAN YANG KURANG SIHAT serta AMALAN DIET YANG SALAH. Ini kerana negara kita mencatatkan statistik yang agak tinggi bagi OBESITI.

Malaysia dikatakan negara orang gemuk.

Malaysia dikatakan negara orang gemuk.

Jika kita lihat, ramai lelaki dan perempuan dengan PERUT BOROI DAN BUNCIT mencatat statistik OBESITI dengan tingginya. Maka dengan itu, Ifa nak kongsikan bersama dengan pembaca semua, bagaimana nak kempiskan perut secara semulajadi. Terdapat 10 TIPS UNTUK KEMPISKAN PERUT, jom kita hayati bersama-sama setiap satu daripadanya. Gambar dan ilusi menarik, cantik dan tertarik ni Ifa ambil daripada Blog Nashata. Credits to her. =)

10 Tips Kempiskan Perut

10 Tips Kempiskan Perut

1. MINUM SEGELAS AIR SEBELUM MAKAN

Sebelum mula makan, minum dulu air, lebih kurang setengah jam sebelum kita makan. Selain daripada itu, amalkan meminum air kosong lebih kurang 3 liter sehari. InshaAllah, perut pun rasa tak lapar. Credits to Master Maria Firdaus untuk ilustrasi yang menarik ni yang Ifa ambil dari blognya.

Masa terbaik untuk minum air kosong dan berapa keperluan dalam sehari.

Masa terbaik untuk minum air kosong dan berapa keperluan dalam sehari.

2. MAKAN HIDANGAN SEDERHANA 5X SEHARI

Maksud makan hidangan sederhana di sini dengan 5 kali sehari ialah, makan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi kerap.

Makan sedikit dan kerap.

Makan sedikit dan kerap.

3. MAKAN PERLAHAN-LAHAN SEHINGGA LUMAT

Apabila makan, kunyah makanan tersebut sehingga lumat. Barulah makanan mudah diproses untuk terus masuk ke dalam usus kita.

Kunyah makanan sehinga betul-betul lumat.

Kunyah makanan sehinga betul-betul lumat.

4. BERSENAM SEKURANG-KURANGNYA 3X SEMINGGU

Ini biasa kita dengarkan? Sebenarnya mudah saja. Cuba kita amalkan bersenam 3 kali seminggu dan tetapkan hari yang tertentu untuk kita bersenam. Lagi seronok kalau tempat kejiranan kita ada pusat senaman seperti pusat gim.

Bersenam.

Bersenam.

5. BANYAKKAN MAKAN BUAH-BUAHAN SEBAGAI SNEK

Makan buah-buahan sebagai snek membantu perut untuk berasa kenyang. Selain daripada itu juga, buah-buahan sangat membantu dalam sistem penghadaman manusia.

Buah-buahan.

Buah-buahan.

6. KURANGKAN GULA

Gula juga merupakan salah satu punca obesiti dan kegemukan. Itulah sebabnya kenapa kandungan kalori dalam makanan yang tinggi gula, tinggi juga kalorinya.

Gula penyebab anda obesiti.

Gula penyebab anda obesiti.

7. MENJAGA KEDUDUKAN BADAN KETIKA DUDUK DENGAN BETUL

Apabila makan, penting untuk makan dengan posisi yang betul dan lurus, supaya makanan mudah dihadam.

8. JANGAN TINGGAL SARAPAN PAGI

Haa.. yang ni Ifa pasti ramai yang sudah tahu, untuk menjaga dan mengawal berat badan, sarapan pagi janganlah ditinggalkan. Ayah Ifa suka pesan untuk sentiasa makan sarapan seperti orang kaya (makan dalam kuantiti yang banyak), makan tengahari seperti orang biasa (makan seperti biasa) dan makan malam seperti orang miskin (makan dalm kuantiti yang sangat sedikit).

Sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Sarapan, makan tengahari dan makan malam.

9. SENTIASA LAKUKAN PUSH UP

Push up sangat bagus untuk kempiskan perut sebab senamannya hanya berfokuskan pada bahagian perut sahaja. Jom buat! Sekurang-kurangnya 20-30 minit sehari.

Contoh push up bagi wanita.

Contoh push up bagi wanita.

10. JANGAN AMALKAN MAKANAN SEGERA DAN AIR BERKARBONAT

Yang akhir sekali ni Ifa pasti ramai yang dah tahu betapa makanan segera dan air berkarbonat sangat mempengaruhi masalah kegemukan. Jom kita cuba elakkan sebolehnya!

 

Best kan 10 TIPS UNTUK KEMPISKAN PERUT ni! Ifa suka! Sebab semuanya perkara mudah yang boleh dibuat. Nak lagi satu tips tak yang Ifa belajar dari Kevin Zahri untuk mengawal berat badan dan kempiskan perut?

Ambil PROTEIN dalam diet seharian. Mujurlah Ifa ada ESP! Yippeee! Jom mula kempiskan perut!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...